Jenis dan Fungsi Sapaan serta Persepsi Kesantunan dalam Interaksi di Kaunter Pertanyaan
Abstrak
Makalah ini membentangkan hasil kajian tentang jenis kata sapaan, fungsinya, dan persepsi responden terhadap aspek kesantunan dalam memberikan sapaan sewaktu berinteraksi di kaunter pertanyaan. Pembentangan ini merupakan hasil kajian berpandukan kerangka kesantunan dan kebudayaan Melayu yang mengandaikan ucapan salam sekurang-kurangnya diberikan semasa bertemu atau memulakan bicara. Andaian ini menjadi asas untuk melihat perlakuan sapaan dalam konteks interaksi di kaunter pertanyaan dan menghubungkaitkan konsep kesantunan dengan konsep komunikasi fatik dan kecekapan berkomunikasi. Kaunter pertanyaan di sebuah pusat beli-belah menjadi tempat pemerhatian awal dan seterusnya pengumpulan data dengan menggunakan senarai semak pemerhatian sapaan yang dibina daripada pemerhatian awal. Seterusnya, temu bual terancang dengan responden terpilih dirakamkan berdasarkan pensampelan mudah. Dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa lakuan sapaan kurang diamalkan dalam urusan di kaunter pertanyaan di pusat beli-belah bukan kerana penutur tidak cekap dalam berkomunikasi atau kurang ilmu dalam kesantunan berbahasa dalam budaya Melayu, tetapi kerana pengaruh tempat berlakunya interaksi itu. Seterusnya, rincian dapatan dan keseluruhan perbincangan menyumbang pertambahan korpus dan khazanah ilmu kesantunan Melayu di Malaysia.
Kata kunci: lakuan bahasa sapaan, kesantunan, komunikasi fatik, kecekapan komunikasi, konteks, persepsi
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
