Komunikasi Verbal antara Jururawat dengan Pesakit di Unit Rawatan Intensif

Pengarang

  • Abdullah bin Yusoff Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelanan, Malaysia
  • Che Rabiaah Mohamed Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan
  • Bee Eng Chua Hospital USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian, Kelantan

Abstrak

Kajian ini meneliti komunikasi jururawat dengan kumpulan pesakit yang tidak sedarkan diri dan yang disedasikan di Unit Rawatan Intensif (URI). Secara spesifik, kajian ini bertujuan melihat kandungan komunikasi verbal jururawat-pesakit dan juga untuk mengukur tempoh masa komunikasi yang diambil oleh jururawat semasa memberikan jagaan perawatan kepada kumpulan pesakit tersebut. Kajian deskriptif ini melibatkan 20 jururawat yang dipilih secara rawak sistematik di sebuah Unit Rawatan Intensif (URI). Data diperoleh dengan merakamkan komunikasi jururawat-pesakit semasa memberikan jagaan perawatan. Data demografi jururawat pula diperoleh melalui rujukan rekod peribadi dan temu bual secara individu. Data dianalisis secara manual yang membabitkan statistik deskriptif dan analisis kandungan komunikasi yang berlaku. Kajian ini memberikan gambaran tentang kepentingan komunikasi antara jururawat dengan pesakit yang tidak sedarkan diri atau disedasikan dalam proses pemulihan fizikal, mental dan psikologi pesakit.

Kata kunci: bahasa pesakit, gangguan komunikasi, komunikasi jururawat-pesakit, tempoh masa komunikasi

Biografi Pengarang

  • Abdullah bin Yusoff, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelanan, Malaysia

    Timbalan Pengarah

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2011-12-02