Wacana Kepimpinan Dalam Ucapan Abdullah Ahmad Badawi
Abstrak
Kajian ini bertujuan memperlihatkan praktis kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi melalui teks ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO bersandarkan kerangka teori analisis wacana kritis Fairclough. Kerangka teori ini menjurus kepada persoalan sosial yang tumpat dalam wacana ucapan untuk menjelaskan hubungan kuasa dan memperlihatkan perkaitan praktikal dalam konteks ekonomi, sosial, budaya dan politik. Kajian ini juga memerihalkan makna kata yang dapat menterjemahkan pendirian dan praktis kepemimpinan pewacana. Abdullah Ahmad Badawi didapati berfikir dalam bahasa atau budaya Melayu untuk membawa perubahan dalam kepimpinannya. Dapatan telah memperlihatkan sifat toleransi dan ketelusan terpancar dalam wacana ucapannya yang menonjolkan tindakan dan usahanya. Dalam hal ini, penggunaan kerangka teori analisis wacana kritis dalam menganalisis wacana kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi telah dapat memperlihatkan kemampuan bahasa dalam menyingkap kepimpinan seseorang pemimpin.
Kata kunci : analisis wacana, toleransi, telus, kepimpinan, Abdullah Ahmad Badawi
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
