Proses Nasalisasi Vokal dan Ciri Akustik Vokal Nasalan

Pengarang

  • Sato Rahmat Hirobumi Krungthep, Thailand

Abstrak

Sesetengah pengkaji tempatan telah merumuskan proses nasalisasi vokal bahasa Melayu secara teoretis, seperti (i) Nasalisasi secara progresif: V → Ṽ/[+nasal] ____, dan (ii) Nasalisasi secara regresif: V → Ṽ/____ [+nasal]. Makalah ini bertujuan untuk meneliti semula rumus ini dan memastikan ciri akustik vokal nasalan bahasa Melayu secara objektif, berdasarkan salah satu kaedah fonetik eksperimental, iaitu analisis akustik berkomputer. Eksperimen ini memfokuskan kata yang mengandungi kombinasi fonem -VKV atau -VKKV seperti /-iŋi/ atau /-iŋɡi/ yang mengikuti konsonan oral sahaja. Daripada hasil analisis terhadap sejumlah data eksperimen terbukti bahawa vokal nasalan memperlihatkan satu ciri kenasalan pada gambar spektrogram secara visual, iaitu komponen frekuensi tinggi bertaburan di atas jalur forman yang berfrekuensi sekitar 7,000Hz ke atas. Kombinasi fonem /iŋi/ dalam kata mengelilingi /məŋəliliŋi/, misalnya, menunjukkan nasalisasi dalam bentuk fonetik [iĩg̃ĩ ŋg ̃ĩ]. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa nasalisasi vokal berlaku apabila vokal oral didahului atau diikuti oleh konsonan nasal dalam serentetan ujaran. Namun, proses nasalisasi vokal pada kedudukan itu, pada hakikatnya, tidaklah semudah apa yang tergambar dalam rumus yang tersebut. Penulis mengemukakan hasil ini dalam bentuk lakaran tetapi tidak disimpulkan dalam rumus baru.

Kata kunci: asimilasi nasal, bunyi peralihan, komponen frekuensi, konsonan nasalan, nasalisasi, vokal nasalan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-06-01