Motivasi Rumus Salin dalam Penjanaan Ayat Tanya Bahasa Melayu dalam Program Minimalis

(Copying Rules Motivation to Generate Wh-Questions in Standard Malay in Minimalist Program)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb.20(1)no5

Abstrak

Dalam teori terdahulu sebelum Program Minimalis, iaitu teori Kuasaan dan Tambatan, dan Prinsip dan Parameter variasi ayat dijana oleh Gerak-α yang menggerakkan sesuatu konstituen ke mana-mana sahaja dengan meninggalkan tikas. Tikas ini berada dalam satu rantaian yang sama dengan unsur anteseden/operator yang telah digerakkan. Dalam Program Minimalis yang dirangka secara eklektik daripada idea Chomsky (1995), Marantz (1995) dan Radford (2009). Gerak-α telah digugurkan. Sebaliknya penjanaan ayat dan variasinya dijana melalui operasi rumus salin. Kajian ini menganalisis motivasi rumus salin dalam penjanaan ayat tanya wh- dan ayat ya-tidak bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data kajian diperoleh melalui introspeksi. Data tersebut kemudiannya dirujuk kepada dua orang informan penutur jati bahasa Melayu untuk mengesahkan penerimaan atau penolakannya. Dapatan kajian ini mendapati bahawa fitur [+/-wh] dan fitur-fitur tepian; yakni [+/-komp], [+/-wh] [+/-fokus], dan [+/-in situ] merupakan fitur yang menjadi pemangkin atau penghalang dalam menjana ayat tanya wh- dan ya-tidak bahasa Melayu dan variasinya.

Kata kunci: Program Minimalis, rumus salin, fitur, ayat tanya wh-, ayat tanya ya-tidak

Biografi Pengarang

  • Norsofiah Abu Bakar, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-06-05