Penggunaan Simbol dalam Teks Ucapan Tunku Abdul Rahman: Analisis Teori Relevans

(Symbols Used in Tunku Abdul Rahman's Speech Text: an Analysis According to the Relevance Theory)

Pengarang

Abstrak

Kajian ini merupakan kajian deskriptif dengan mendedahkan fenomena penggunaan bahasa oleh Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia Pertama) melalui kajian korpus. Kajian ini dilakukan bagi memperlihatkan kebijaksanaan Tunku menggunakan simbol untuk menyampaikan mesejnya kepada pendengar. Simbol dalam bentuk kata dan frasa dipilih untuk dianalisis. Simbol tersebut dirujuk kepada objek yang bersifat maujud dan berada dalam pengetahuan sedia ada atau catatan ensiklopedia pendengar. Penggunaan objek dalam penyampaian mesej ini dapat membantu pendengar menginterpretasi makna implisit yang ingin disampaikan. Penganalisisan data kajian ini dilakukan dengan berdasarkan Teori Relevans (TR) yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson (1986, 1995) yang menekankan peranan kognitif, iaitu melibatkan konteks, kesan konteks (kognitif) dan usaha memproses. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan simbol dalam ujaran mampu diinterpretasi oleh pendengar sebagaimana makna yang diinginkan oleh Tunku.

Kata Kunci: simbol, objek, kajian korpus, Teori Relevans

Biografi Pengarang

  • Wong Shia Ho, Universiti Malaysia Sarawak

    Pusat Pengajian Bahasa

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-06-01