Percampuran Kod dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar Cina: Analisis Pragmatik
(Code-Mixing in Malay Composition-Writing Among Chinese Pupils: A Pragmatic Analysis)
Abstrak
Kajian ini berkaitan dengan penukaran kod dalam karangan Bahasa Melayu pelajar Cina dari aspek pragmatik. Kajian ini melihat dua aspek, iaitu mengenal pasti kesalahan bahasa Melayu dalam karangan pelajar Cina, menganalisis data kesalahan dan menghuraikan aspek percampuran kod bagi menyampaikan mesej pelajar dari perspektif pragmatik dengan menggunakan konsep rangka rujuk silang. Kajian telah dilakukan di sebuah pusat tuisyen pelajar Cina. Seramai 80 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa antara kesalahan yang sering kali dilakukan oleh pelajar Cina dalam penulisan karangan Bahasa Melayu ialah kekeliruan penggunaan imbuhan, kesalahan kosa kata, kesalahan penggunaan kata ganti nama diri dan juga kesalahan umum seperti penggunaan singkatan dalam ayat dan kesalahan penggunaan kata sendi nama. Dari aspek percampuran kod pula, konsep rangka rujuk silang telah digunakan untuk memahami mesej yang disampaikan oleh pelajar. Analisis percampuran kod ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu penukaran kod selain kata nama dan kedua ialah kata nama. Hasil kajian mendapati bahawa, walaupun mengalami penukaran kod, iaitu L1(bahasa Cina ) dan juga L3 (bahasa Inggeris) dalam satu konstruksi ayat, mesej dapat difahami dengan bantuan konsep rangka rujuk silang.
Kata kunci: percampuran kod, pelajar Cina, kerangka teoretis, pragmatik, rangka rujuk silang.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
