Kohesi dalam Warkah Sosial Melayu Abad Ke-17 hingga Abad Ke-19

(Cohesion in Malay Social Letters from the 17th to the 19th Century)

Pengarang

  • Muhammad Hisyam Haliah Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Ab. Razak Ab. Karim Universiti Malaya image/svg+xml

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb19(1)no7

Abstrak

Makalah ini untuk membincangkan kepelbagaian aspek kohesi sebagai satu unsur wacana dalam warkah sosial Melayu. Warkah sosial Melayu terbina dengan struktur tersendiri yang membezakannya dengan teks yang lain. Setiap komponen teks yang mendasarinya mempunyai perkaitan proses antara satu sama lain di samping memperkatakan kerencaman kandungan. Oleh itu, jalinan makna dan hubungan antara unsur bahasa dalam wacana dapat ditelusuri oleh peranan kohesi. Kehadiran unsur kohesi dalam pendekatan Konseptual Wacana Tiga Dimensi oleh Fairclough (1992) menghubungkaitkan pernyataan yang melibatkan pemerihalan, deduksi dan struktur yang membina wacana tersebut. Analisis 21 pucuk warkah bersifat empirik kerana perbincangan berdasarkan data yang terkandung dalam teks. Selaras dengan pendekatan kualitatif, penghuraian data adalah deskriptif. Kajian kohesi dengan kerangka kohesi Komponen Fungsian Sistem Semantik oleh Halliday dan Hasan (1976) mendapati kesinambungan hubungan antara kata, klausa dan ayat berlaku dalam berbagai-bagai cara sehingga melahirkan teks yang utuh. Antaranya, menerusi dua kategori utama, iaitu gramatikal yang melibatkan unsur-unsur kohesi rujukan, penggantian, elipsis dan penghubung dan kategori leksikal seperti pernyataan semula dan kolokasi.Analisis kohesi memandu pengirim warkah menyalurkan unsur tekstual dan membentuk kesinambungan klausa dan ayat sehingga menjadi teks yang lebih besar. Semua unsur kohesi ini menghuraikan komponen ideasional, interpersonal dan tekstual sebagai fungsi semantik yang menghubungkan unsur linguistik dalam teks warkah sosial Melayu.

Kata kunci: kohesi, warkah sosial Melayu, Komponen Fungsian Sistem Semantik, semantik, kesinambungan

Biografi Pengarang

  • Ab. Razak Ab. Karim, Universiti Malaya

    Associate Professor

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-06-03