Kata Soal Brapa Dalam Dialek Perlis: Analisis Program Minimalis
(Question Words Brapa in Perlis Dialect: A Minimalis Program Analysis)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb18(1)no5Abstrak
Makalah ini akan membincangkan kata soal yang berfokuskan kata soal terbuka, iaitu brapa dalam dialek Perlis dengan menggunakan pendekatan kerangka program minimalis. Data yang dianalisis dalam artikel ini diambil daripada kajian lapangan yang dilakukan di kawasan negeri Perlis. Data tersebut diperoleh dengan cara merakamkan perbualan informan yang menuturkan dialek Perlis. Penulis telah menggunakan dua kaedah kajian, iaitu kaedah kepustakaan dan lapangan. Penulis menggunakan kaedah pustaka untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan kata soal, dan kaedah lapangan digunakan untuk mendapatkan data di kawasan lapangan. Kawasan yang dijadikan kawasan lapangan meliputi semua daerah yang terdapat dalam sempadan politik negeri Perlis. Setiap daerah dibahagikan mengikut petak-petak yang mempunyai skala 5km: 1cm untuk satu petak yang meliputi kawasan di utara, selatan, timur dan barat. Data yang telah dikumpulkan itu dicerakinkan dan dianalisis dengan menggunakan program minimalis. Kata soal yang bersifat in-situ ataupun bergerak dikaitkan dengan fitur yang dimiliki oleh kata soal berapa itu sendiri dan juga fitur OP yang telah menghalang pergerakannya. Hasilnya, kata soal brapa dalam dialek Perlis bersifat bergerak dan in situ apabila dikaitkan dengan kedudukan dan kehadiran OP pada posisi Spek FKOMP. Analisis teoritikal membuktikan bahawa penutur natif dialek Perlis mempunyai kata soal terbuka yang mempunyai kedua-dua sifat in situ dan bergerak.
Kata kunci: kata soal terbuka, kata soal tertutup, Perlis, fitur, dialek
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
