Emosi dan Ironi dalam Puisi Usman Awang: Tafsiran Pragmatik

(Emotions and Irony in Usman Awang's Poems: A Pragmatic Interpretation)

Pengarang

Abstrak

Kajian ini mengkaji emosi dari perspektif linguistik dan bahasa yang lazimnya dikaji dalam bidang Psikologi. Teori linguistik, iaitu teori relevans (TR) yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson dijadikan kerangka teori analisis. Data kajian ialah sajak karya Sasterawan Negara, Usman Awang. Empat buah sajak dipilih dan dianalisis untuk mengesan unsur ironi, iaitu bahasa sindiran. Analisis dilakukan dengan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Data dianalisis dengan menggunakan konsep yang disyaratkan dalam TR. Setelah makna diperoleh, borang soal selidik diedarkan kepada 50 orang responden untuk mengenal pasti unsur emosi yang tersirat. Kajian mendapati bahawa dalam ironi yang digunakan, wujud emosi tersirat yang dapat dirasakan oleh pembaca setelah meneliti makna tersirat sajak yang diperoleh melalui analisis TR tadi. Kajian ini membuktikan bahawa walaupun teori yang digunakan ialah teori lingusitik daripada bidang pragmatik, kajian berjaya merungkai makna dan emosi tersirat dalam sajak. Jelas bahawa bidang psikologi dapat digabungjalinkan dengan bidang linguistik dan bahasa untuk menelaah emosi.

Kata kunci: emosi, ironi, bahasa dan linguistik, pragmatik, teori relevans

Biografi Pengarang

  • Mary Fatimah Subet, Universiti Malaysia Sarawak

    Fakulti Pengajian Bahasa dan Komunikasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-26