Vokal Beraspirat dan Konsonan Bergeminasi h [hh] ~ [hh] dalam Proses Penerbitan Kata Bahasa Melayu

(The Aspirated Vowels and the Geminated Consonants h [hh] ~ [hh]in the Process of Derivation of Malay words)

Pengarang

  • Sato Rahmat Hirobumi Krungthep, Thailand
  • Manavavee Mamah Krungthep, Thailand

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb18(1)no6

Abstrak

Kata dasar bahasa Melayu standard mempunyai satu grafem h yang sama tetapi membawa nilai bunyi yang berbeza menurut lingkungan fonetik, seperti konsonan aspirasi/ h /: [ h ] pada akhir suku kata fonologi dalam kata ubah /ubah/: [ubahh] dan konsonan geseran /h/: [h] ~ [ú] pada awal suku kata fonologi dalam usaha /usaha/: [usaha] ~ [usaúa]. Namun, kedua-dua golongan bunyi ini tidak dibezakan oleh sesetengah pengkaji fonetik bahasa Melayu. Di samping itu, terdapat ejaan gandaan *hh dalam kata terbitan yang berakhiran -an {-an} atau -i {-i}, seperti *pilihhan dan *dikasihhi. Berdasarkan data bertulis yang diperoleh, kata terbitan yang demikian terbentuk daripada kata dasar yang berakhir dengan bunyi aspirasi h [ h ] bersama-sama akhiran yang berkenaan. Walaupun ejaan gandaan *hh ini salah dari segi aturan ejaan rasmi bahasa Melayu, tetapi ejaan yang salah ini mencerminkan satu fakta sebutan bahasa Melayu secara teliti. Penulis menganalisis nilai bunyi grafem h yang hadir di sempadan antara kata dasar dengan akhiran -an {-an} atau -i {-i} dalam kata terbitan, dengan menggunakan kaedah fonetik akustik berkomputer. Hasil daripada analisis ini didapati bahawa nilai bunyi grafem h dalam sesetengah data rakaman memperlihatkan geminasi konsonan aspirasi yang diikuti oleh konsonan geseran dalam bentuk [hh] ~ [hú] dalam lingkungan fonetik yang berkenaan. Fenomena geminasi konsonan ini melahirkan ejaan gandaan (yang salah) *hh [hh] ~ [hú] dalam kalangan sesetengah penutur bahasa Melayu. Berdasarkan penemuan ini, dikemukakan satu hipotesis tentang proses geminasi konsonan h [hh] ~ [hú] dalam kata terbitan yang berkenaan, iaitu pergerakan pita suara yang menyebabkan buka-tutup glotis dalam proses artikulasi bunyi aspirasi yang diikuti oleh bunyi geseran.

Kata kunci: aspirasi, geminasi, geseran, konsonan beraspirat, konsonan bergeminasi, letupan, vokal beraspirat

Biografi Pengarang

  • Manavavee Mamah, Krungthep, Thailand

    Pensyarah Program Bahasa Melayu di Fakulti Sains Sosial dan
    Kemanusiaan, Universiti Yala Rajabhat (YRU), Thailand.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-06-01