Proses Nasalisasi Vokal Dialek Melayu Saribas: Penelitian Berasaskan Pendekatan Geometri Fitur
(Vowel Nasalization in the Malay Dialect of Saribas: A Feature Geometry Approach)
Kata kunci:
bahasa Melayu, linguistik, fonologiAbstrak
Makalah ini menghuraikan proses nasalisasi vokal dalam fonologi dialek Melayu Saribas (DMSbs). Data dianalisis menggunakan model geometri fitur Halle (1995) yang merupakan salah satu daripada pendekatan dalam fonologi autosegmental. Kajian ini ialah kajian lapangan di empat buah kampung Melayu di Saratok, Sarawak. Data diperoleh daripada sepuluh orang penutur jati DMSbs yang menetap di kampung Melayu tersebut. Pengumpulan data linguistik DMSbs menerapkan kaedah temu bual dan senarai kata, serta rakaman perbualan audio. Makalah ini juga mengemukakan rumus nasalisasi vokal bagi menangani permasalahan fonologi apabila konsonan nasal mendahului atau mengikuti vokal dalam kata DMSbs. Data DMSbs memperlihatkan proses nasalisasi vokal berlaku apabila segmen nasal yang mempunyai fitur [+nasal] menyebarkan fiturnya kepada vokal bersebelahan dan menyebabkan vokal turut mendapat fitur [+nasal]. Proses nasalisasi vokal dalam DMSbs adalah secara progresif dan regresif. Penyebaran fitur [+nasal] juga berlaku sejauh mungkin selagi tiada konsonan legap yang menghalang penyebarannya. Penerapan geometri fitur dapat menjelaskan kekangan yang berlaku apabila konsonan legap menghalangi penyebaran fitur [+nasal] bagi mematuhi prinsip syarat purna bentuk yang tidak membenarkan garis penghubung bersilang.
Kata kunci: konsonan nasal, nasalisasi vokal, vokal nasal, geometri fitur, prinsip syarat purna bentuk, konsonan legap, konsonan telus, dialek Melayu Saribas
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
