Badangan Sanak dalam Syair Nasihat Nukilan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Negara Brunei Darussalam Ke-28

(Badangan Sanak in the Syair Nasihat of Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, the 28th Sultan of Negara Brunei Darussalam)

Pengarang

Kata kunci:

Sistem Panggilan, Badangan Sanak, Syair Nasihat, Melayu Islam Beraja

Abstrak

Sistem panggilan merupakan salah satu kompenan penting dalam konsep badangan sanak. Konsep ini menjelaskan hubungan atau pertalian darah dalam keluarga Melayu di Brunei Darussalam yang berpaksikan Melayu Islam Beraja (MIB). Kajian ini akan mengenal pasti bagaimana metafora sistem panggilan digunakan dalam merapatkan hubungan dan mengukuhkan nilai kekeluargaan masyarakat Melayu Islam di Brunei. Dengan adanya konsep badangan sanak ini aspek kekeluargaan diteliti menerusi sikap, kehormatan dan kemuliaan manusia seterusnya menjaga salasilah keturunan. Butiran leksikal yang dianalisis dan diteliti dalam kajian ini merupakan sistem panggilan yang terkandung dalam konsep badangan sanak dalam data sastera Syair Nasihat hasil nukilan Muda Omar 'Ali Saifuddien, Sultan Brunei ke-28. Kajian ini menunjukkan sikap kekeluargaan yang dipupuk pada peringkat pemerintahan sehingga melahirkan pengajaran kepada rakyat. Secara langsung, memperkukuh sistem keluarga dan masyarakat yang menjadi teras kekuatan dan kelangsungan Melayu Islam Beraja.

Kata kunci: sistem panggilan, badangan sanak, Syair Nasihat, Melayu Islam Beraja

Biografi Pengarang

  • Muhamad Fadzllah Hj. Zaini, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

  • Aini Hj. Karim, Universiti Brunei Darussalam

    Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2017-02-08