Penyerahan
Senarai Semak Penyediaan Penyerahan
Anda mesti membaca dan mengakui bahawa anda telah melengkapkan keperluan di bawah sebelum meneruskan.
- URLs telah disediakan sebagai rujukan pada bahagian yang memerlukannya.
- Teks ditaip langkau sebaris menggunakan fon bersaiz 12-poin, penggunaan italic lebih diutamakan daripada garis di bawah kecuali alamat URL; dan semua ilustrasi, rajah, jadual digalakkan ditempatkan dalam teks pada bahagian yang berkenaan berbanding dengan meletakkannya pada akhir teks.
- Makalah tidak pernah diterbitkan, dan tidak dalam pertimbangan jurnal lain (atau penerangan telah dinyatakan dalam bahagian komen kepada editor).
- Format Fail serahan makalah ialah OpenOffice, Microsoft Word, RTF, atau WordPerfect.
- Jika makalah dihantar kepada bahagian pewasitan jurnal, arahan pada bahagian kepatuhan Penilaian Tanpa Nama dipatuhi.
- Teks mematuhi gaya penerbitan dan bibliografi yang ditetapkan dalam Garis Panduan Penulis.
Notis Hak Cipta
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
