Jurnal

  • Melayu:Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu

    Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan pertama bermula pada bulan Jun 2003. Walau bagaimanapun jurnal ini pernah dihentikan penerbitannya pada 2007 hingga 2012. Jurnal ini kembali diterbitkan pada Januari 2013.

    Jurnal ini membicarakan isu dan pemikiran dalam pelbagai bidang dalam Dunia Melayu berdasarkan penyelidikan akademik bagi merakamkan pelbagai sudut tamadun, budaya, pemikiran, kesenian dan kearifan Melayu umumnya. Makalah dalam jurnal ini ditulis dalam bahasa Melayu (dalam kebanyakan makalah) dan dibenarkan juga dalam bahasa Inggeris.

  • Malay Literature

    Malay Literature merupakan jurnal berwasit yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember. Pandangan dan pendapat yang dikemukakan dalam jurnal ini merupakan pendapat penulis dan tidak mewakili sidang editorial Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Jurnal Bahasa

    Jurnal Bahasa merupakan jurnal berwasit (secara Penilaian Sulit Berganda) yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan pertama bermula pada bulan Mac 2001.

    Tujuan jurnal ini adalah untuk mengembangkan bidang linguistik dalam bahasa Melayu. Jurnal ini menjadi wadah kepada ahli linguistik membentangkan pandangan dan penemuan mereka dalam bidang linguistik. Pelbagai aspek bidang bahasa seperti peristilahan, perkamusan, tatabahasa, dialektologi, etimologi, pengkomputeran bahasa dan kosa kata dibincangkan dalam jurnal ini. Sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan dan sumber rujukan ahli linguistik, para ilmuwan dan guru bahasa.

    Jurnal Bahasa diindekskan dalam MyJurnal dan MyCite.

    Layari pautan dibawah untuk maklumat lanjut, http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/index