Hastadandasastra (The Oldest Manuscript of Sriwijaya) and Historiography of Campu Genre in Malay Literature)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jm.17(2)no5Abstract
Pengkajian persuratan kerajaan Sriwijaya semakin mendapat perhatian sarjana dan membangun dari dekad ke dekad. Tujuan kajian makalah ini adalah untuk menyejarahkan suatu genre persuratan Melayu yang bercampur antara prosa dengan puisi sebagai peninggalan genre Campū (“campur” dalam bahasa Melayu) dari kerajaan Sriwijaya dan juga untuk menetapkan penamaan bagi persilangan genre antara prosa dengan puisi. Perkara ini berbangkit daripada dua permasalahan kajian, iaitu pertama, sesetengah persuratan Melayu yang dirawikan semenjak kurun ke-14 didapati bersilang antara prosa dengan puisi dan adakah perkara ini merupakan suatu fenomena baharu atau peninggalan daripada gaya persuratan sebelumnya? Kedua, apakah fenomena itu bersifat genre dan apakah penamaannya? Bagi kedua-dua permasalahan tersebut, pendekatan pengkajian persuratan mengikut kerajaan dan pendekatan sastera bandingan telah diambil. Dapatan pertama mendapati bahawa gaya pencampuran prosa dan puisi terdapat dalam karya asing (contoh Jātakamālā dari India) dan setempat (contoh Hastadaṇḍaśāstra) sekitar 687 M-693 M, dan dapatan kedua mendapati bahawa genre tersebut bergelar campū menurut penamaan persuratan Sanskerta bagi Jātakamālā dan lain-lain. Dengan erti kata yang ringkas, gaya pengkaryaan kerajaan Sriwijaya yang bercampur antara prosa dengan puisi, iaitu campū telah bersinambung dengan persuratan Melayu yang terkemudian daripada kerajaan Melaka, Johor, Aceh dan seterusnya.
Teks penuh: PDF
