Konsep Keadilan Sosial dalam Novel Terpilih Karya Hamka

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml38(1)no1

Abstrak

Dalam penulisan novelnya, Hamka, ahli falsafah dan penulis dari Indonesia sering mengetengahkan tentang ketidakadilan yang dilakukan oleh orang Minangkabau yang berpegang teguh pada Adat Pepatih, sebuah undang-undang matrilineal dan adat resam yang memihak pada garis keluarga wanita, khususnya dalam pembahagian harta pusaka. Namun begitu, kebanyakan penulisan kritis lebih tertumpu pada nilai pedagogi yang terdapat dalam novel beliau, menyebut hanya sepintas lalu mengenai perspektif teologi Islam yang digambarkan menerusi konsep ketidakadilan sosial dalam penulisannya. Makalah ini menggunakan analisis kandungan kualitatif dan kritikal tentang konsep keadilan sosial, atau lebih spesifik tentang kekurangannya, seperti yang tertulis dalam novel-novel beliau, dengan mengambil pendekatan falsafah Islam seperti yang dikemukakan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas yang terkenal dengan perspektif yang mendalam tentang konsep-konsep dalam teologi Islam. Al-Attas berpendapat bahawa konsep “adl” atau keadilan dalam Islam ialah kebolehan dalam meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Menurutnya, rasa keadilan ini telah tertanam dalam diri setiap individu sebelum mereka dilahirkan ke dunia ini, membentuk bahagian penting dalam diri mereka secara semula jadi atau fitrah. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tindakan ketidakadilan yang disebabkan oleh tekanan dalam masyarakat Minang tentang materialisme dan memperkecilkan perasaan cinta antara pasangan kekasih yang ingin berkahwin, seperti yang ditonjolkan dalam novel-novel Hamka, sebagai bertentangan dengan rasa keadilan ini. Kesimpulannya, kepatuhan yang tegar kepada undangundang dan adat resam Minang seperti yang dipaparkan dalam novelnovel Hamka boleh dilihat bukan sahaja merugikan masyarakatnya tetapi juga bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia.

Teks penuh: PDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2025-06-26