Konflik Politik dalam Hikayat Seri Kelantan daripada Perspektif Teori Perilaku Konflik
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml37(2)no1Abstrak
Hikayat Seri Kelantan (HSK) ialah salah sebuah karya historiografi Melayu tradisional negeri Kelantan. Sebagai sebuah karya sastera bercorak sejarah, hikayat ini mengandungi pelbagai konflik yang melibatkan pemerintahan kerajaan Melayu dan kuasa luar. Namun begitu, kebanyakan penulisan tentang HSK banyak tertumpu pada isu peperangan tanpa membincangkan konflik politik secara menyeluruh. Oleh itu, makalah ini membincangkan konflik politik dalam HSK dengan menggariskan dua objektif, iaitu menjelaskan isu konflik politik yang terkandung dalam HSK dan menganalisis punca berlakunya konflik berdasarkan teori perilaku konflik. Makalah ini menggunakan teks HSK yang telah diselenggarakan oleh Mohd. Taib Osman (2004) sebagai sumber primer, manakala pengumpulan data dijalankan melalui kajian kepustakaan. Makalah ini juga dianalisis menggunakan teknik bacaan rapi dan analisis deskriptif teks berdasarkan prinsip teori perilaku konflik oleh Bartos dan Wehr (2002). Hasil dapatan kajian menemukan sembilan peristiwa konflik politik yang boleh dikategorikan kepada empat isu, iaitu (1) isu kezaliman pemerintahan; (2) isu tekanan kuasa luar terhadap kedaulatan negeri; (3) peluasan wilayah jajahan; dan (4) isu perebutan kuasa dan kedudukan dalam pemerintahan. Dapatan juga menghujahkan bahawa pertikaian sumber, iaitu tanah atau wilayah, kuasa, dan prestij sebagai premis tercetusnya tindakan berkaitan konflik dalam HSK. Hasil kajian ini membuktikan bahawa HSK merupakan dokumen sosiobudaya yang banyak merakamkan konflik politik pemerintahan dalam kerajaan Melayu di Kelantan.
Teks penuh: PDF
Ketua Editor,