Tivi Karya Shahnon Ahmad sebagai Kontra-Hegemoni Mahathirisme
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml36(2)no5Abstrak
Novel Tivi karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad telah diterbitkan pada tahun 1995 dan cetakan kedua pada tahun 2018 yang memusatkan naratif penceritaan tentang kemerosotan moral sebuah keluarga di kampung selepas salah seorang anak mereka membawa masuk budaya baharu dari bandar, terutamanya budaya menonton televisyen. Kajian lepas dalam lapangan akademik berkenaan dengan novel ini tidak memberikan perhatian terhadap kritikan ideologi apatah lagi persoalan kontra-hegemoni. Oleh itu, dalam makalah ini, Tivi dihujahkan sebagai kontra-hegemoni terhadap ideologi Mahathirisme terutama sekali dari aspek kapitalisme Mahathir. Terma Mahathirisme yang dipelopori oleh Dr. Khoo Boo Teik menjadi konsep perbincangan dan turut merujuk buku dan makalah lain yang berkait dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Teori “hegemoni” oleh Antonio Gramsci akan diaplikasikan bagi mewacanakan kontra-hegemoni oleh Shahnon Ahmad terhadap Mahathirisme. Posisi yang diambil oleh Shahnon Ahmad terhadap dikotomi kampung dan bandar, moden dan tradisional, spiritual dan material dalam novel ini menunjukkan nilai-nilai yang kontra terhadap hegemoni Mahathirisme. Label cereka Islam terhadap novel Tivi dan latar belakang Shahnon Ahmad sebagai penggerak Islamisme membolehkan Shahnon Ahmad dihujahkan sebagai “intelektual tradisional” mengikut kerangka Gramsci.
Ketua Editor,