MASTERA dan Generasi-Y: Peranan Sastera di Asia Tenggara
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml36(1)no6Abstrak
MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara ialah sebuah majlis serantau yang mewakili beberapa buah negara anggota di Asia Tenggara yang terdiri dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Penubuhan MASTERA pada tahun 1996 mempunyai beberapa matlamat. namun yang penting, majlis ini bertujuan menjalin erat hubungan kesusasteraan negara anggota MASTERA dalam pelbagai bentuk kegiatan. Saban tahun beberapa agenda utama dijalankan setiap kali Sidang MASTERA diadakan. Antara kegiatan tersebut termasuklah penganjuran bersama Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT), Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan MASTERA dan Program Penulisan MASTERA dalam aneka genre seperti puisi, cerpen, esei, drama pentas dan novel. Meskipun MASTERA ditubuhkan lebih dua dekad yang lalu dan dipelopori oleh angkatan terdahulu, namun rata-rata kebanyakan khalayak yang menyemarakkan lagi kegiatan anjuran MASTERA adalah dalam kalangan generasi muda, iaitu Generasi Y. Perkara ini adalah sesuatu yang sangat konstruktif dan harus dihargai serta diberikan perhatian sewajarnya sebagai tanda keprihatinan terhadap generasi pelapis anggota MASTERA. Maka satu tinjauan kajian dibuat untuk meneliti keupayaan MASTERA dalam memenuhi keperluan kesusasteraan terkini di Asia Tenggara demi manfaat khalayak mudanya yang tergolong dalam Generasi Y. Kajian mengenai generasi muda MASTERA ini mencetuskan penulisan makalah yang memberikan tumpuan kepada cabaran terhadap MASTERA dalam bentuk wadah dan pengisian yang sangat terkait dengan teknologi Revolusi Industri 4.0 (4IR). Penemuan kajian ini mengajukan beberapa usul dari sudut falsafah serantau, tidak terkecuali praktisnya.
Teks penuh: PDF
Ketua Editor,