'Ainulmardiyyah: Ganjaran Syurgawi yang Dijanjikan oleh Teks Jihad Aceh
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml36(2)no1Abstrak
Konsep kesucian jihad Aceh dihidupkan melalui gambaran bidadari syurga yang dipanggil ʻAinulmardiyyah, iaitu bidadari yang menunggu “suami” yang gugur di medan perang. Kajian ini membincangkan penceritaan `Ainulmardiyyah (bidadari di syurga untuk seorang Muslim yang syahid) dalam teks bahasa Aceh yang paling terkenal tentang perang suci Islam, iaitu Hikayat Prang Sabi (HPS). Teks hikayat ini awalnya didekati secara filologi untuk meneliti kemungkinan penyesuaian pada teks yang mungkin telah dibuat. Kaedah ulasan digunakan dengan membandingkan gambaran bidadari dalam hikayat ini dengan teks lain yang turut membawa tema perang suci. Teks-teks tersebut kemudiannya didekati secara semantik untuk mengkaji sebarang konsep asas dan perbendaharaan kata yang seragam mengenai daya tarikan wanita, yang menjadi panduan kepada kajian ini untuk merumuskan corak bagaimana gambaran bidadari yang digunakan untuk menyemarakkan semangat para mujahid dalam memperjuangkan maruah agama dan negara mereka. Kajian ini mendapati bahawa gambaran `Ainulmardiyyah dalam teks Hikayat Prang Sabi adalah tertakluk pada ajaran Islam yang disampaikan bukan sahaja melalui al-Qur’an dan Sunnah tetapi juga dalam kebanyakan teks eskatologi Islam yang mewartakan kekudusan syahid dalam jihad. Janji ganjaran syurga yang menggembirakan juga diperhebat oleh faktor sosio-politik sepanjang sejarah Aceh.
Text penuh: PDF
Ketua Editor,