Emansipasi dan Pencerahan Jiwa Manusia Menurut Perspektif Teori Humanisme Islam: Analisis dalam Wasripin dan Satinah

Pengarang

  • Almahera Abu Hassan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
  • Md Salleh Yaapar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml36(1)no5

Abstrak

Wasripin dan Satinah ialah sebuah novel yang mencerminkan ketegangan politik rakyat Indonesia sewaktu pemerintahan Orde Baru. Pelbagai pengalaman masyarakat diungkapkan terutamanya tentang masalah kemiskinan dan penafian hak kebebasan bersuara. Dalam novel ini, Kuntowijoyo memaparkan kelemahan sistem pemerintahan yang bertunjangkan ideologi dan pemikiran ekstrim. Jika diamati, Kuntowijoyo tegas mengkritik kelompok tertentu yang mempunyai keinginan untuk mengekalkan dominasi mereka terhadap masyarakat bawahan. Makalah ini memperlihatkan sifat tercela dan kemerosotan moral penguasa politik tanpa mempedulikan penderitaan rakyat. Pentadbiran mereka telah mewujudkan jurang antara kelas sosial sehingga menimbulkan pertentangan serta rasa tidak puas hati khususnya golongan yang miskin dan tidak berkuasa. Sesungguhnya, Wasripin dan Satinah berjaya menampilkan emansipasi dan tanggungjawab sosial terhadap golongan yang tertindas bagi mengatasi penderitaan hidup yang telah ditanggung mereka. Di sini, pengarang berupaya membentuk pencerahan jiwa dan peranan kenabian dalam diri Wasripin dengan menyerlahkan sisi pembaharuan untuk membimbing masyarakat ke arah yang lebih baik. Malah, karya beliau juga jelas mengangkat pendirian dan kebolehan intelektual pengarang yang kritis terhadap isu-isu kemanusiaan. Oleh itu, makalah ini meneliti Wasripin dan Satinah dari perspektif humanisme Islam oleh Ali Shari’ati dari Iran yang mempelopori idea-idea pembebasan dan pembaharuan tersebut. Penemuan kajian ini penting kerana dapat menonjolkan kekuatan novel Wasripin dan Satinah sebagai novel yang sarat dengan nilai manusiawi yang kukuh.

Teks penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2023-05-31