Ekspresi Emosi dalam Puisi Moden Terpilih
(The Expression of Emotion in Selected Modern Poems)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.29(2)no7Abstrak
Ekspresi emosi seseorang boleh digambarkan menerusi beberapa cara, iaitu melalui lisan dan bukan lisan. Pada awalnya, emosi dapat digambarkan melalui reaksi fizikal seseorang kemudian berlaku perkembangan kognitif dan dilambangkan melalui bentuk linguistik, iaitu bahasa. Kajian ini memberi fokus terhadap ekspresi emosi dalam puisi moden terpilih. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis emosi dan menghuraikan kesan emosi dan pengaruhnya dalam puisi moden. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menganalisis kandungan teks. Lima buah teks puisi moden dari buku yang terpilih dijadikan bahan untuk mendapatkan data. Kerangka pemikiran Mohd Azhar Abd Hamid (2004) yang berkisar tentang ekspresi emosi akan dijadikan prinsip dalam menganalisis dan membincangkan kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa, lima buah puisi moden tersebut menggunakan bahasa yang menggambarkan emosi sama ada emosi negatif atau positif. Kajian ini memberi kepentingan kepada penulis puisi dan pemuisi, agar apa yang disampaikan dapat difahami dan dihayati oleh pendengar atau pembaca puisi tersebut.
Kata kunci: ekspresi emosi, puisi moden, perasaan, bahasa, maksud
Ketua Editor,