Watak Wanita dalam Ms 46 Cerita Panji Hikayat Kelana Sita Kembara

Pengarang

  • Wan Khairoslinda Wan Mohd. Khairi Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Zubir Idris Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml
  • Yusmilayati Yunos Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml35(2)no7

Abstrak

Cerita panji yang popular di Jawa telah berkembang ke seluruh Kepulauan Melayu pada suatu ketika dahulu. Banyak naskhah cerita panji telah dikaji dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan rangka penyelidikan oleh pengkaji tempatan mahupun luar negara. Namun begitu, cerita panji yang didokumentasikan di Malaysia masih kurang dikaji meskipun terdapat sejumlah besar naskhah yang tersimpan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya. Penelitian berkaitan dengan penampilan watak sampingan dalam cerita panji juga masih kurang dibincangkan secara tuntas oleh para penyelidik khususnya untuk membantu pembaca menghayati keindahan genre tersebut. Sehubungan dengan itu, pendekatan formalistik digunakan dalam kertas ini untuk meneliti penampilan watak wanita Ken Banjaransari dalam manuskrip MS 46 cerita panji yang berjudul Hikayat Kelana Sita Kembara yang tersimpan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Perbincangan ini bertujuan (i) mengenal pasti peranan watak wanita Ken Banjaransari yang ditemui dalam cerita panji Hikayat Kelana Sita Kembara; (ii) membincangkan kaedah dan teknik penulisan yang digunakan oleh pengkarya bagi memperlihatkan penampilan watak wanita Ken Banjaransari dan (iii) mengenal pasti kesan peranan watak wanita Ken Banjaransari terhadap karya dan pembaca cerita panji Hikayat Kelana Sita Kembara. Kesimpulannya, penampilan watak wanita Ken Banjaransari dalam cerita panji Hikayat Kelana Sita Kembara berjaya memperlihatkan keupayaan pengkarya menggunakan pelbagai teknik penulisan untuk membina watak wanita Ken Banjaransari demi menghasilkan sebuah naskhah cerita panji yang menarik.

Teks penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2022-10-28