Understanding Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman and Arus through Goodenough Ethnosemantics Approach

Pengarang

  • Azman Ismail ASWARA

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml35(2)no5

Abstrak

Tulisan ini membahaskan kedudukan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) dan Arus (1985) karya Anwar Ridhwan yang dapat difahami sebagai produk dan perilaku budaya masyarakat Melayu. Berdasarkan pentafsiran terhadap novel tersebut, kajian etnosemantik oleh Goodenough membuktikan produk budaya (sastera) merupakan sistem pengetahuan kolektif masyarakat Melayu pada tahun 1940-an dan 1970-an. Dalam kedua-dua novel tersebut, Anwar Ridhwan telah membina wacana pengetahuan dan fenomena budaya untuk memperkatakan pelbagai isu yang berkembang dalam masyarakatnya.Fenomena ini merangkumi tiga elemen utama, iaitu konflik nilai, psikososial dan kepimpinan sosial yang dapat dihubungkan dengan sistem pengetahuan, pemikiran dan falsafah, pemikiran awam dan perilaku budaya secara kolektif.  Karya-karya ini dapat difahami melalui analisis kandungan (content analysis) untuk memahami bentuk pemikiran, pola kebudayaan, dan perilaku yang menjadi asas kepada sistem pengetahuan sesebuah masyarakat yang menjadi fokus dalam novel Anwar Ridhwan. Oleh itu, kedua-dua novel ini dalam perspektif etnosemantik Goodenough merupakan fakta sosial untuk memahami cara hidup, pemikiran, falsafah, akal budi dan amalan budaya yang merupakan teras kepada kepengarangannya.  

Teks penuh: PDF

Biografi Pengarang

  • Azman Ismail, ASWARA

    Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem,

    Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan .

Rujukan

Diterbitkan

2022-10-28