Memikirkan Semula Malaria dan Penyakit Berjangkit Lain di Alam Melayu Borneo: Teks dan Konteks
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml35(2)no6Abstrak
Pandemik COVID-19 telah menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memberi perhatian kepada penyakit berjangkit. Malaria merupakan salah satu penyakit berjangkit di kawasan tropika yang telah ditimbulkan oleh ramai penulis sastera. Sejak zaman penjajahan memulakan perladangan dan perlombongan secara besar-besaran di Alam Melayu, terutamanya disokong oleh pembinaan jalan raya yang menghubungkan kawasan ladang dan perlombongan, malaria muncul dan merebak dengan cepat dalam kalangan pekerja. Artikel ini akan menganalisis kemunculan wacana tentang penularan malaria dalam karya sastera khususnya cerpen tentang alam Melayu Borneo. Kajian ini akan menganalisis dua karya dua orang pengarang, iaitu “Penari Dari Kutai” dalam kumpulan cerpen Dunia Sukab karya Seno Gumira Adjidharma (2015) dan “Kampung Beremai” dalam kumpulan cerpen Kayu Naga karya Korrie Layun Rampan (2007). Kedua-dua karya tersebut mengisahkan penularan penyakit malaria dan penyakit berjangkit lainnya di Alam Melayu Borneo khususnya wilayah Kalimantan Timur, Indonesia. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dengan pengumpulan data dan analisis data melalui analisis teks atau analisis dokumen. Hasil kajian ini merumuskan bahawa karya sastera tentang Alam Melayu Borneo turut merekodkan kehadiran penyakit berjangkit malaria, rajasinga (sifilis), dan sampar, yang bertepatan dengan pembukaan hutan untuk aktiviti perladangan dan perlombongan.
Teks penuh: PDF
Ketua Editor,