Konsep Akal Menurut Nuruddin Al-Raniri dalam Bustan Al-Salatin
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml35(1)no1Abstrak
Bustan al-Salatin merupakan antara karya termasyhur dalam kesusasteraan Melayu tradisional yang dikarang oleh Nuruddin al-Raniri. Karya ini membincangkan pelbagai tema yang merangkumi aspek agama, politik, adat dan budaya agar menjadi panduan kepada pemerintah kerajaan. Salah satu perkara yang dikenal pasti menerusi Bustan al-Salatin ialah perbincangan berkenaan akal. Akal ialah mahkota paling tertinggi yang dikurniakan oleh Allah. Oleh sebab itu, Nuruddin al-Raniri menghuraikan bahagian ini dengan terperinci serta merujuk pelbagai sumber sebagai pengukuhan. Penulisan ini akan memfokuskan kepada dua tujuan, iaitu mengenal pasti konsep akal dalam naskhah dan menganalisis pembahagian akal menurut Nuruddin al-Raniri menerusi Bustan al-Salatin. Bagi mencapai tujuan ini, kaedah kepustakaan dan analisis kandungan akan digunakan. Melalui pembacaan awal, hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa pembahagian tentang konsep akal menurut Nuruddin al-Raniri menerusi Bustan al-Salatin, iaitu pengertian, fungsi, kedudukan dan pembahagian akal dan kehidupan yang sempurna melalui penggunaan akal. Kandungan naskhah ini bukan sahaja bertujuan untuk menentukan hala tuju dalam pemerintahan tetapi juga mendidik masyarakat menjadi hamba Allah yang mengenal penciptaNya.
Ketua Editor,