Penerbitan Terjemahan Karya Sastera Mahua Moden dalam Majalah Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
[Publication of Translations of Modern Mahua Literature in Magazines Published by Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)]
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml34(2)no5Abstrak
Artikel ini mendokumentasikan terjemahan karya sastera Mahua moden dalam majalah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Perbincangan dibuat secara deskriptif berpandukan teori sejarah terjemahan dengan memanfaatkan lapan objek kajian yang diutarakan oleh D'hulst (2010), iaitu quis (siapa?), quid (apa?), ubi (di mana?), quibus auxiliis (apa jenis sokongan?), cur (mengapa?), quomodo (bagaimana?), quando (bila?), dan cui bono (apa kesannya?). Terjemahan karya sastera Mahua moden yang diterbitkan dalam majalah DBP dikumpulkan secara manual daripada koleksi majalah yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah bibliometrik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa karya terjemahan sastera Mahua moden diterbitkan dalam Dewan Bahasa dan Dewan Sastera dengan jumlah sebanyak 33 buah judul puisi dan cerpen. Terdapat seramai 12 orang penterjemah tempatan terlibat dalam penghasilan karya terjemahan ini sejak tahun 1968. Usaha penerbitan terjemahan karya sastera Mahua moden ke dalam bahasa Melayu bertujuan memperkenalkan budaya dan pemikiran kaum Cina melalui sastera Mahua kepada pembaca berbahasa Melayu bagi meningkatkan persefahaman antara kaum sekali gus memupuk integrasi nasional.
Ketua Editor,