Tuturan Komburongo dalam Konteks Cerita Lisan dan Kepercayaan Etnik Tobilung di Sabah
(Tuturan Komburongo in the Context of Oral Narrative and Belief of the Tobilung Ethnic Group of Sabah)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml34(2)no2Abstrak
Cerita lisan Komburongo dikenali sebagai tuturan Komburongo dalam kalangan etnik Tobilung di Sabah. Makalah ini bertujuan menganalisis unsur-unsur kepercayaan yang terkandung dalam tuturan Komburongo. Semua tuturan Komburongo yang dianalisis dalam makalah ini diperolehi daripada kerja lapangan menemu bual informan keturunan etnik Tobilung di Daerah Kota Belud, Sabah. Hasil analisis secara interpretasi dalam kajian ini mendapati tuturan Komburongo terbahagi kepada sama ada mitos atau legenda dalam konteks sastera rakyat. Dari segi asal usul, Komburongo dipercayai telah dicipta oleh Tinamaru, iaitu Pencipta Tobilung. Etnik Tobilung tradisional didapati banyak bergantung kepada semangat Komburongo sebagai semangat pembantu, yang dipercayai mempunyai kuasa ghaib bagi menyelesaikan pelbagai krisis hidup mereka sejak turun-temurun. Kajian ini dianggap penting kerana telah menonjolkan banyak maklumat kepercayaan turun-temurun etnik Tobilung berdasarkan tuturan Komburongo mereka.
Ketua Editor,