Persona dan Pesona China dalam Historiografi Melayu

(Chinese Charm and Personages in Malay Historiography)

Pengarang

  • Jelani Harun Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml34(2)no1

Abstrak

Karya historiografi menjadi sumber penting bagi mengesan interaksi awal orang Melayu dengan China dalam bentuk penampilan watak-watak yang memiliki personanya yang tersendiri. Pengetahuan masyarakat Melayu tentang keadaan negara China turut dicitrakan pengarang melalui deskripsi amalan adat istiadat, kebudayaan dan kesenian masyarakat China yang mempesonakan pembaca. Pada masa yang sama, penilaian terhadap kisah hubungan Melayu dengan China dalam karya historiografi memperlihatkan banyak unsur mitos yang perlu diberikan penjelasan akan kewujudannya. Hal ini menimbulkan pelbagai persoalan tentang sebab-sebab kewujudan unsur persona dan pesona masyarakat China dalam penulisan sejarah Melayu dan sejauh mana pula kebenarannya. Makalah akan membincangkan persoalan ini berdasarkan naskhah historiografi Melayu terpilih dan catatan-catatan sejarah yang berkaitan dengannya. Perbincangan adalah berasaskan pendekatan silang budaya dalam konteks kesusasteraan Melayu serta kerelevanannya sehingga ke hari ini.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-12-07