Sufisme dalam Sajak Ahmad Kamal Abdullah
(Sufism in the Poems of Ahmad Kamal Abdullah)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml34(1)no5Abstrak
Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui kandungan nilai-nilai sufisme dalam sajak-sajak Ahmad Khamal Abdullah (Kemala), penyair Malaysia modern. Dalam penelitian ini, penulis melakukan identifikasi terhadap puisi-puisi Kemala menggunakan teori-teori sastra sufistik. Puisi-puisi tersebut adalah daripada tiga buku kumpulan puisi Kemala, iaitu Ziarah Tanah Kudup (2006), Syurga ke Sembilan (2009), dan Dhikr Serenades; Titir Zikir (2010). Penelitian terhadap nilai-nilai sufisme dalam puisi-puisi Kemala menggunakan teori Sayyed Hossein Nasr tentang tiga unsur utama kajian tasawuf, iaitu kudrat Tuhan, kudrat manusia, dan kebajikan rohani. Daripada penelitian ini didapati bahawa puisi-puisi Kemala sangat dekat dengan unsur sufisme. Kudrat Tuhan dalam puisi-puisi Kemala diposisikan sebagai tujuan pencarian daripada perjalanan hidup manusia. Tuhan dalam hal ini dipersonifikasikan sebagai "Cahaya" atau "Nur". Kudrat manusia, dalam sajak-sajak Kemala diposisikan sebagai seorang Salik, iaitu pengembara yang terus mencari tujuan akhir perjalanannya, iaitu Tuhan itu sendiri. Sedangkan kebajikan rohani berisi sekitar pencarian dan perenungan akan hakikat kehidupan manusia.
Kata kunci: Ahmad Kamal Abdullah, sufisme, sajak, sufi, tasawuf
Ketua Editor,