Bunga dalam Kesusasteraan Melayu: Satu Kajian Estetika

(Flowers in Classical Malay Literature: A Study of Aesthetics)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml34(1)no1

Abstrak

Satu daripada ciptaan Tuhan yang menakjubkan di alam maya ini ialah bunga. Terdapat pelbagai bunga dalam dunia Melayu seperti bunga raya, melati, seroja dan melur. Banyak teks Melayu tradisional merakamkan perihal bunga-bunga ini. Artikel ini mengkaji bunga dalam sastera Melayu tradisional sebagai elemen yang digunakan, disebut atau diumpamakan dengan tujuan tertentu yang menampakkan kebijaksanaan orang Melayu sejak dahulu kala. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kepustakaan dan analisis tekstual bagi menganalisis data yang berkaitan. Kerangka konseptual berkaitan dengan estetika sastera digunakan sebagai landasan kajian. Kajian mendapati bunga dalam teks Melayu tradisional disampaikan secara perlambangan dan literal oleh pengarangnya. Kepentingan kajian ini adalah untuk memperlihatkan kecerdikan akal budi bangsa Melayu.

Kata kunci: bunga, estetika, perlambangan, literal, kecerdikan

Biografi Pengarang

  • Mohamed Nazreen Shahul Hamid, Universiti Utara Malaysia
    School of Languages, Civilisation and Philosophy, Universiti Utara Malaysia
  • Syahidatul Munirah Badrul Munir, Universiti Sains Malaysia

    School of the Arts, Universiti Sains Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-06-03