"Legenda Nakhoda Ragam" di Alam Melayu dan Hubungannya dengan Sejarah Awal Pulau Pinang

("The Legend of Nakhoda Ragam" in the Malay World and Its Link to Penang's Early History)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml33(2)No1

Abstrak

Masyarakat Alam Melayu banyak melahirkan legenda yang telah memainkan peranan yang luar biasa selaku pemerintah, pembesar, pahlawan dan sebagainya. Nama seperti Patih Gajah Mada dan Hang Tuah merupakan sebahagian daripada legenda yang memiliki berbagai-bagai kelebihan dan kehebatan serta menjadi tokoh kebanggaan masyarakat yang melahirkannya. Walau bagaimanapun, masih banyak legenda yang belum diketengahkan kepada khalayak masyarakat tetapi telah memainkan peranan yang tidak kurang hebatnya kepada sejarah sesebuah bangsa itu. Legenda bukan mengisahkan sejarah hidup seseorang tokoh yang biasa tetapi menampilkan peristiwa-peristiwa yang sangat istimewa yang berhubungan dengan tokoh tersebut sehingga menjadi sebutan masyarakat zaman-berzaman. Makalah akan membicarakan "Legenda Nakhoda Ragam" yang terkenal di Brunei Darussalam dan kisah kehebatan Nakhoda Ragam selaku seorang pengembara di Alam Melayu, termasuk hubungannya dengan sejarah awal pembukaan Pulau Pinang. Berdasarkan catatan Vaughan (1857), Nakhoda Ragam ialah seorang pedagang yang sering belayar di antara Lingga dan Kedah. Antara kedua-dua tempat itu, hanya ada sebuah sahaja pulau yang kelihatan sangat ketara untuk Nakhoda Ragam singgah, lalu dinamakannya sebagai "Pulo Ka Satu" (Pulau Pinang). Nakhoda Ragam juga dikatakan telah mengasaskan nama bagi beberapa tempat lain di sekitar pulau tersebut, antaranya "Pulo Kindi", "Bayan Lepas", "Gerattah Sangkol", "Pulo Bittong" dan "Puchut Muka". Semua tempat ini masih wujud sehingga hari ini. Artikel ini mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan keberadaan tokoh ini dan kaitannya dengan sejarah awal Pulau Pinang.

Kata kunci: Nakhoda Ragam, legenda, Brunei Darussalam, Pulau Pinang

Biografi Pengarang

  • Jelani Harun, Universiti Sains Malaysia
    School of Humanities, Universiti Sains Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-12-01