Pertembungan Nilai Desa dan Kota dalam Buku Komik Budak Kampung dan Mat Som

(The Clash of Rural and Urban Values in the Comic Books Budak Kampung and Mat Som)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml33(2)No4

Abstrak

Lat atau nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid merupakan tokoh yang unggul dan serba boleh dalam kalangan kartunis di Malaysia. Karya komik beliau cenderung merakamkan isu berkaitan sosiobudaya masyarakat di Malaysia dan sering menampilkan kehidupan realiti rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu desa. Komik bukan sahaja bahan bacaan berbentuk hiburan tetapi juga merupakan medium penting untuk menyampaikan idea, kritikan, pandangan serta mampu mendedahkan pelbagai kepincangan dalam masyarakat setempat. Artikel ini ingin melihat pertembungan nilai desa dan kota dalam dua buah komik Lat bertajuk Budak Kampung (1979) dan Mat Som (1989). Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis pertembungan nilai masyarakat desa dan kota serta menjelaskan penggunaan unsur komik dalam penyampaian makna dalam kedua-dua komik tersebut. Artikel ini akan menggunakan teori sosiologi sastera yang dikembangkan oleh Alan Swingewood (1972), iaitu pendekatan pengaruh sosiobudaya terhadap penghasilan karya sastera. Dapatan kajian mendapati pengalaman kehidupan Lat sewaktu kecil telah mempengaruhi penciptaan komik Budak Kampung dan pengalaman hidup Lat ketika zaman mudanya telah mempengaruhi penciptaan komik Mat Som. Di sebalik semua itu, pertembungan nilai desa dan kota dikesan begitu ketara melalui kemasukan syarikat bijih timah, penjualan tanah, pemilihan jodoh, pemikiran dan gaya pakaian dalam kedua-dua karya tersebut.

Kata kunci: komik, pertembungan nilai, sosiobudaya, Budak Kampung, Mat Som

Biografi Pengarang

  • Wan Hasmah Wan Teh, Universiti Sains Malaysia
    School of Humanities, Universiti Sains Malaysia
  • Nurul Syazwani Mohd Dahlan, Universiti Sains Malaysia
    School of Humanities, Universiti Sains Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-12-01