Pemartabatan Wanita dalam Novel Matriark daripada Perspektif Feminis oleh Cheri Register
(Raising the Status of Women in Matriark from the Perspective of Cheri Register's Feminist Theory)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.33(1)no6Abstrak
Makalah ini bertolak daripada kesedaran bahawa karya sastera oleh pengarang lelaki sering menggambarkan imej wanita yang stereotaip, pengalaman wanita dipinggirkan, suara wanita dibisukan dan bentuk paparan yang hanya menyerlahkan dan tertumpu pada lelaki. Oleh itu, makalah ini meneliti novel Matriark oleh Samsiah Mohd. Noor, menggunakan lima prinsip teori feminis oleh Cheri Register, iaitu teks sebagai forum membicarakan soal wanita, membantu mewujudkan persefahaman budaya wanita-lelaki, menyediakan peranan contoh, memupuk semangat persaudaraan wanita dan menimbulkan kesedaran kepada khalayak. Melalui aplikasi setiap prinsip tersebut, didapati wanita mempunyai pengalaman, suara, keinginan, wawasan, dan budaya mereka sendiri. Analisis terhadap novel Matriark dari perspektif teori feminis oleh Cheri Register membuktikan bahawa pengarang memartabatkan kedudukan wanita melalui pemaparan pengalaman, suara, hasrat, cita-cita, dan budaya mereka sendiri.
Kata kunci: Pengarang wanita, martabat wanita, teori feminis
Ketua Editor,