Penyelesaian Konflik dalam Syair Sultan Maulana
(Conflict Resolution in Syair Sultan Maulana)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.33(1)no1Abstrak
Makalah ini membincangkan konflik dan penyelesaiannya dalam Syair Sultan Maulana. Melalui penulisan ini pengkaji ingin membuktikan bahawa karya silam bukanlah lahir daripada kekosongan, tetapi daripada kebijaksanaan pengarang untuk memaknakan maksud yang ingin disampaikan dengan penuh perlambangan. Dalam konteks teks ini pengarang telah mengetengahkan beberapa cara atau kaedah penyelesaian konflik yang digunakan oleh masyarakat silam untuk memastikan keharmonian tanah air terus berlangsung. Oleh itu, makalah ini menggunakan pendekatan penyelesaian konflik yang diperkenalkan oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Melalui pendekatan ini disenaraikan kaedah penyelesaian tersebut seperti berkerjasama, rundingan, dominasi, pengelakan, integriti, obligasi dan kompromi. Karya sastera Melayu terutamanya sastera sejarah tidak pernah lari daripada memuatkan kehidupan masyarakat pada zaman tersebut. Dalam karya sastera tradisional pelbagai isu yang dikemukakan untuk tatapan generasi akan datang. Antara aspek yang sangat menarik untuk dilihat dalam teks klasik termasuklah konflik, masalah atau pertelingkahan yang berlaku dalam masyarakat tersebut sama ada melibatkan golongan diraja, bangsawan mahupun rakyat bawahan.
Kata kunci: Konflik, penyelesaian, syair, sastera sejarah, keharmonian
Ketua Editor,