Jugun Ianfu dalam Karya Sastera: Satu Bacaan Femisid
(Jugun Ianfu in Literary Works: A Femicide Reading)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.33(1)no3Abstrak
Bidang Ilmu Kesusasteraan menawarkan pelbagai kerencaman tentang kehidupan sama ada terpancar secara tersurat mahupun tersirat. Fenomena kehidupan manusia menerusi karya kesusasteraan tidak terbatas waktu dan tempat. Menerusi makalah ini, satu perbincangan cuba mengimbau kembali golongan wanita yang menjadi mangsa jenayah perang ketika meletusnya perang dunia kedua dan kesannya hingga kini terasa. Golongan ini teraniaya kerana mereka perempuan, menjadi hamba seks kepada tentera lelaki tanpa rela, diperkosa, diseksa bahkan dibunuh. Tumpuan perbincangan memfokuskan kepada genre novel antaranya Perempuan Remaja dalam Cengkeraman Militer (2001) karya Pramoedya Ananta Toer dan Cantik Itu Luka (2004) karya Eka Kurniawan. Analisis kajian akan menggunakan bacaan femicide yang dipelopori oleh Russell. Kaedah ini juga akan memperlihatkan bagaimana "the killing of females by males because there are females" merupakan eksploitasi seksual terhadap wanita yang disebut sebagai jugun ianfu atau comfort women. Hakikatnya, golongan ini adalah wanita dan gadis remaja yang dipaksa menjadi hamba seks. Situasi ini telah meninggalkan kesan jenayah perang yang penuh tragis dan karya sastera telah berjaya memaparkan peristiwa ini sebagai satu dokumen sejarah dan budaya untuk tatapan dan tindakan generasi yang akan datang.
Kata kunci: femicide, jenayah perang, jugun ianfu, seksualiti, sastera
Ketua Editor,