Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Sebuah Warisan Dunia Persuratan Melayu
(Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: A Malay World Literary Heritage)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.32(2)no1Abstrak
Negeri Kedah Darul Aman mempunyai tradisi penulisan manuskrip yang berhubungan secara langsung dengan kewujudan institusi raja-raja dan pembesar Melayu di negeri tersebut. Manuskrip dari Negeri Kedah memiliki ciri-ciri keunikannya yang tersendiri dan selaras dengan budaya hidup masyarakat dan sistem pemerintahan raja-rajanya. Walau bagaimanapun, sejarah penulisan manuskrip yang berasal dari Negeri Kedah masih belum sempurna lantaran kekurangan sumber maklumat dan perolehan bahan. Permasalahan ini akan turut memberikan kesan kepada kelestarian warisan budaya dan persuratan Negeri Kedah, termasuk dalam usaha untuk mengetengahkan karya-karya besar yang pernah lahir dalam sejarah negeri tersebut. Makalah ini akan membicarakan sebuah naskhah penting yang berasal dari Negeri Kedah yang kini tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Naskhah yang dimaksudkan berjudul Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang wajar dikemukakan sebagai sebuah warisan dunia persuratan Melayu yang lahir daripada kepengarangan Negeri Kedah pada awal abad ke-20 yang lalu.
Kata kunci: karya agung, warisan dunia, manuskrip, kesultanan, kenegaraan
Ketua Editor,