Unsur-unsur Keajaiban dalam Tangon dan Perkaitannya dengan Konteks Kepercayaan Etnik Dusun di Ranau
(Supernatural Elements in Tangon and Their Connection with Ethnic Ranau Dusun Beliefs)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.32(2)no2Abstrak
Bercerita (monusui) ialah budaya turun-temurun dalam kalangan etnik Dusun di Sabah. Penyampaian tangon (cerita rakyat) pula merupakan hiburan dan medium pendidikan secara tidak formal dalam kalangan etnik Dusun di Sabah pada suatu ketika dahulu. Sejumlah 44 buah tangon telah berjaya dikumpulkan dalam kerja lapangan yang dilakukan di Daerah Ranau. Setelah diteliti, 12 tangon didapati kaya dengan unsur keajaiban. Antara unsur keajaiban yang dimaksudkan adalah seperti "manusia dihidupkan semula", "manusia melahirkan binatang", "manusia menjelma menjadi burung" dan banyak lagi. Unsur keajaiban ini merupakan imaginasi dan kreativiti si pencipta tangon. Permasalahan yang timbul di sini ialah jika unsur-unsur ini tidak dianalisis dan ditonjolkan, maka imaginasi, kreativiti dan kepercayaan rakyat pada suatu ketika dahulu tidak akan kita fahami. Hasil analisis secara interpretasi terhadap unsur-unsur keajaiban tangon Dusun Ranau mendapati bahawa etnik Dusun Ranau kaya dengan kreativiti dan imaginasi dalam penciptaan unsur-unsur keajaiban. Selain itu, dalam tangon Dusun Ranau juga, didapati ada menyelitkan unsur kepercayaan yang menjadi sebahagian daripada amalan yang diamalkan oleh masyarakat Dusun suatu ketika dahulu.
Kata kunci: Tangon magis, Dusun Ranau, kreativiti, unsur-unsur keajaiban, kepercayaan
Ketua Editor,