Perancangan dalam Novel Mengukir Larut Berdasarkan Pendekatan Pengurusan

(Planning in the Novel Mengukir Larut Based on the Management Approach)

Pengarang

  • Akhmal Hakim Mohamad Universiti Islam Antarabangsa Malaysia image/svg+xml

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.32(1)no4

Abstrak

Makalah ini menekuni sebuah pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia, iaitu Pendekatan Pengurusan. Novel Mengukir Larut karya Amer Hmzah L. Kadir telah dipilih sebagai korpus kajian. Analisis kajian ini menggunakan prinsip perancangan, iaitu merupakan satu daripada lima prinsip yang terkandung dalam Pendekatan Pengurusan seperti yang telah diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan pada tahun 2013. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis peristiwa-peristiwa terpilih yang terdapat dalam korpus kajian yang memperlihatkan kehadiran prinsip perancangan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dilaksanakan dengan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Hasil dapatan kajian memperlihatkan kecenderungan yang tinggi bagi menyokong prinsip yang diketengahkan, iaitu prinsip perancangan. Penelitian secara rinci dan analisis terhadap peristiwa yang dilakukan menerusi korpus kajian memperlihatkan penerapan prinsip perancangan. Prinsip perancangan yang diterapkan termasuklah menetapkan objektif, membentuk strategi, pilihan alternatif, penilaian alternatif dan memilih satu atau beberapa cara merupakan peringkat yang dominan dapat dikesan dalam korpus kajian. Pengkaji juga mendapati tidak semua proses dalam prinsip perancangan diaplikasikan oleh watak-watak dalam peristiwa yang terpilih.

Kata kunci: Novel, Pendekatan Pengurusan, Prinsip Perancangan, Mengukir Larut, Kritikan Sastera

Biografi Pengarang

  • Akhmal Hakim Mohamad, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
    Language and Management Lectures, International Islamic University Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-06-03