Analisis Prosa Klasik "Kepimpinan Melalui Teladan" Berdasarkan Prinsip Kepimpinan Melayu

(Analysis of "Leadership through Example" Classic Prose Based on Leadership Principle)

Pengarang

  • SARA BINTI BEDEN Lecturer IPGK TUN ABDUL RAZAK

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.32(1)no3

Abstrak

Artikel ini bertujuan untuk menganalisis dasar kepimpinan yang dipraktiskan oleh pemimpin Melayu dalam prosa tradisional "Kepimpinan melalui Teladan" dalam Antologi Jaket kulit dari Istanbul. Kaedah yang diaplikasi dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan kualitatif dengan memberikan fokus terhadap analisis teks menerusi perwatakan serta cara bertindak watak dalam peristiwa penting. Analisis ini mengaplikasikan prinsip kepimpinan dalam pendekatan pengurusan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Dapatan analisis menunjukkan bahawa pemimpin Melayu Melaka mempraktiskan dimensi pentadbiran dan dimensi tanggungjawab sosial dalam prinsip kepimpinan bagi memastikan kestabilan dan kegemilangan kerajaan yang diperintahnya. Dimensi pentadbiran diperlihatkan menerusi dasar kepimpinan yang bijaksana, kepimpinan yang adil, kepimpinan berjiwa rakyat, kepimpinan yang bersemangat waja dan kepimpinan yang baik hati atau pemurah. Dimensi tanggungjawab sosial pula diperlihatkan menerusi dasar kepimpinan yang mementingkan keselamatan dan kebajikan rakyat. Tuntasnya, dimensi pentadbiran dan dimensi tanggungjawab sosial seperti dalam dapatan berupaya menjayakan dasar kepimpinan pemerintah Melayu Melaka pada zaman feudal sehingga disegani kerajaan Melayu yang lain.

Kata kunci: Dimensi pentadbiran, dimensi tanggungjawab sosial, prinsip kepimpinan, pemimpin, dasar

Biografi Pengarang

  • SARA BINTI BEDEN, Lecturer IPGK TUN ABDUL RAZAK
    Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak Kota Samarahan, Sarawak

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-06-03