Aspek dakwah dalam Novel Suriati Berdasarkan Pendekatan Dakwah Teori Pengkaedahan Melayu
(The Proselytization Aspect in the Novel Suriati Based on the Proselytization Approach of the Malay Methodology Theory)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.32(1)no6Abstrak
Penulisan novel berbentuk keagamaan merupakan salah satu medium dakwah yang berkesan yang digunakan penulis untuk menyebarkan ajaran Islam dan meningkatkan ketakwaan terhadap Allah SWT. Kajian ini akan menyingkap aspek dakwah dalam novel yang memaparkan pergolakan dan konflik kekeluargaan yang mengangkat tema keagamaan sebagai latar karya. Tumpuan difokuskan terhadap kekuatan dan keberkesanan dakwah yang mencorakkan kehidupan manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kebatilan dalam novel Suriati karya Azizi Haji Abdullah. Pendekatan Dakwah yang terkandung dalam teori Pengkaedahan Melayu dimanfaatkan sebagai kerangka analisis. Hasil kajian memperlihatkan bahawa dakwah berupaya menimbulkan daya tarikan terhadap agama Islam dan menjadi alat untuk pengembangan agama Islam.
Kata kunci: dakwah, agama, teori, ketakwaan, masyarakat
Ketua Editor,