Melepasi Belenggu Kontrak Kompeni: Refleksi Hubungan Buton-Belanda dalam Warkah Voc kepada Sultan Azimuddin
(Breaking the Shackles of Kompeni Contracts: A Reflection of Butonese-Dutch Relations in a Letter from Vereenigde Oostindische Compagnie to Sultan Azimuddin)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.31(2)no2Abstrak
Kesultanan Buton yang terletak di jazirah tenggara Pulau Sulawesi adalah sebuah kerajaan Islam bercorak kepulauan yang sudah wujud lama sebelum kedatangan kuasa Eropah di Dunia Melayu-Nusantara. Secara politik, Kesultanan Buton selalu berasa terancam kerana persaingan dan peluasan wilayah dan politik antara dua kerajaan tetangganya yang besar dan kuat, iaitu Gowa dan Ternate. Oleh itu, Sultan Buton ke-4 Dayanu Ikhsanuddin atau La Elangi (1578-1615) mengikrarkan "persekutuan abadi" dengan Vereenigde Oostindische Compagnie (VOC) pada 5 Januari 1613. Inti perjanjian itu adalah bahawa VOC akan membantu Buton apabila diserang oleh musuh-musuhnya tapi dengan beberapa syarat yang harus dipenuhi oleh Buton. Perjanjian itu telah "mengikat" sultan Buton berikutnya. Makalah ini membahaskan sepucuk warkah sepanjang 13 halaman daripada Gabenor VOC di Makassar, mewakili Gabenor Jeneral VOC di Batavia, yang dikirimkan kepada Sultan Buton ke-25, Azimuddin atau La Masalumu (1788-1791), bertarikh 25 Februari 1791 yang versi digitalnya dimiliki oleh The British Library dengan kod EAP212/6/3 dan naskhah aslinya tersimpan di Buton, yang berada dalam koleksi Abdul Mulku Zahari di Baubau. Makalah ini membahaskan isinya dan menghubungkaitkan dengan latar sejarah sosiopolitik Kesultanan Buton.
Kata kunci: Buton, warkah, EAP212/7/3, The British Library, VOC, kontrak politik, Sultan Azimuddin, kolonialisme
Ketua Editor,