Penterjemahan Novel Bahasa Asing ke dalam Bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(The Translation of Foreign Novels into Malay by Dewan Bahasa dan Pustaka)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.28(1)no6Abstrak
Dewan Bahasa dan Pustaka, yang ditubuhkan pada tahun 1956 dengan matlamat utama untuk membina dan mengembangkan bahasa Melayu, sebenarnya juga telah memainkan peranan penting dalam penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, tidak banyak kajian yang dijalankan yang meneliti sumbangan DBP kepada perkembangan aktiviti penterjemahan di Malaysia. Makalah ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang penterjemahan novel asing ke dalam bahasa Melayu oleh DBP sejak penubuhannya. Untuk mencapai tujuan ini, satu tinjauan dilakukan. Dapatan menunjukkan bahawa sejumlah 72 buah novel asing telah diterjemahkan dan diterbitkan oleh DBP. Kajian ini juga mengenal pasti beberapa kecenderungan dalam penterjemahan novel asing oleh DBP. Walaupun skopnya agak kecil, kajian ini dirasakan penting kerana ia dapat menyumbang kepada wacana sedia ada tentang sejarah penterjemahan di Malaysia.
Kata kunci: terjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, penerbitan, novel, sejarah penterjemahan
Ketua Editor,