Di Sempadan: Penyair Malaysia Meruntuhkan Pagar
(At the Border: Malaysian Poets Dismantling Fences)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.28(1)no3Abstrak
Abstrak
Korpus sastera Malaysia yang memerikan Indonesia agak besar. Kajian ini memilih puisi sebagai fokusnya. Dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip Projek Estetika Sempadan Universiti Artik Norway kajian ini meneliti persepsi sempadan yang berhubungan dengan perubahan amalan penulis terhadap nilai estetika yang digunakannya setelah menyeberangi sempadan sastera dan negara. Dua orang penyair terkenal Malaysia yang pernah tinggal dan belajar di Indonesia. Baha Zain (yang belajar di Universiti Indonesia (UI) antara 1970-1972) dan Siti Zainon yang belajar di ASRI Jogja (1972-1974) ialah tokoh paling sesuai untuk terokaan ini. Kedua-dua penyair ini menulis puisi tentang Indonesia berdasarkan pengalaman sebenar mereka di Jakarta, Jogjakarta dan juga kota-kota lain. Karya mereka dikesan sebagai dinamik, lebih banyak merenung keadaan dan dapat mengutip faedah, terutama dari sudut kompatatif. Bahasa mereka lebih kaya dan berwarna-warni daripada sebelumnya. Walaupun pengalaman mereka digambarkan sebagai sukar, namun negara ini amat akrab dengan diri mereka, dan mereka pun menjadi sebahagian daripada kehidupan dan tragedinya. Jelas mereka menjadi matang dengan Indonesia. Melalui pengalaman yang sangat berharga ini, dua orang penyair ini telah dapat menghubungkan sejarah, kesusasteraan, dan penulis antara Indonesia dengan Malaysia.
Kata Kunci: penyair Malaysia, estetik sempadan, Baha Zain, Siti Zainon Ismail, Indonesia, Malaysia
Ketua Editor,