Raja Haji Yahya dalam Sejarah Kesusasteraan Melayu Abad ke-20
(Raja Haji Yahya in the History of 20th Century Malay Literature)
DOI:
https://doi.org/10.37052/ml.28(1)no2Abstrak
Kewujudan "orang istana" dalam tradisi lipur lara Melayu masih belum banyak diketahui walaupun beberapa kemungkinan tentang peranan mereka sememangnya ada. Salah seorang "orang istana" yang dimaksudkan ialah Raja Haji Yahya yang tinggal di Chenderiang, Perak. Di samping menghasilkan penulisan tentang salasilah dan sejarah raja-raja Perak, Raja Haji Yahya juga pernah berkhidmat sebagai penghulu, pawang istana, pengumpul cerita rakyat, pengarang syair, dan mempunyai hubungan dengan tokoh penglipur lara di negeri Perak yang bernama Pawang Ana. Makalah ini bertujuan mengesan sejarah hidup Raja Haji Yahya dan membicarakan sumbangannya dalam sejarah kesusasteraan Melayu di negeri Perak. Kajian ini berasaskan beberapa contoh hasil karya Raja Haji Yahya yang telah ditemui dan juga maklumat yang diperoleh daripada waris keturunannya yang masih ada pada hari ini. Beberapa kesimpulan dibuat tentang kedudukan Raja Haji Yahya selaku "orang istana", yang mempunyai pelbagai kearifan tentang sastera dan sosiobudaya kehidupan masyarakat Melayu, sehingga beliau diangkat sebagai salah seorang tokoh penting dalam sejarah kesusasteraan Melayu di Negeri Perak pada abad ke-20 yang lalu.
Kata kunci: Raja Haji Yahya, sejarah kesusasteraan Melayu, Pawang Ana, Penglipur lara, Perak
Ketua Editor,