Manusia Politik Terbuang dan Wanita dalam Pulang Karya Leila S. Chudori: Kesan Zaman Pasca-Suharto

(Political Exiles and Women in Pulang by Leila S. Chudori: The Impact of the Post-Suharto Era)

Pengarang

  • Sohaimi Abdul Aziz School of Humanities, Universiti Sains Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.29(1)no5

Abstrak

Latar politik yang berlaku pada zaman reformasi politik selepas 1998 di Indonesia telah mempengaruhi penulisan karya sastera di Indonesia. Hal-hal yang dilarang telah diperkatakan dengan lebih berani dan segar. Keadaan ini dicernakan oleh Leila S. Chudori yang menulis novelnya Pulang. Makalah ini membincangkan persoalan golongan politik terbuang (political exile) yang hidup dalam buangan di Paris akibat politik Suharto yang memburu golongan yang dikaitkan dengan komunisme dan kecenderungan feminisme yang kelihatan dalam novel ini. Dua persoalan ini kelihatan berbeza, namun sebenarnya berhubungan berdasarkan latar sosiopolitik zaman pasca Suharto. Melalui pendekatan sejarah dan feminisme, makalah ini cuba menjawab persoalan tersebut. Leila S. Chudori pengarang wanita Indonesia sangat menjiwai permasalahan golongan politik terbuang. Mereka menjadi mangsa dasar pemerintahan Suharto yang memburu mereka yang disyaki sebagai golongan yang bersimpati dengan sosialisme atau berfahaman kiri yang berada bukan sahaja di dalam dan di luar Indonesia seperti di Paris. Sebagai golongan terbuang sudah pasti persoalan identiti dan perhubungan menjadi perhatian. Selepas 1998, iaitu zaman pasca-Suharto, dengan dasar sosiopolitik yang lebih terbuka, maka rakyat Indonesia diberikan kebebasan untuk membincangkan permasalahan golongan politik terbuang dan kesempatan ini diambil oleh Leila S. Chudori. Hasilnya novel Pulang, yang membincangkan permasalahan golongan politik terbuang, diangkat secara kreatif dan berani berbanding zaman Suharto, yang tidak memberikan ruang untuk memperkatakannya.

Kata kunci: sejarah Indonesia, manusia politik terbuang, kecenderungan feminism

Biografi Pengarang

  • Sohaimi Abdul Aziz, School of Humanities, Universiti Sains Malaysia.

    School of Humanities

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2016-06-01