Sulalatus Salatin dan Karisma Tun Perak dalam Amalan Undang-Undang Masyarakat Pelbagai Etnik Nusantara

(Sulalatus Salatin and Tun Perak's Charisma in the Practice of the Laws of Nusantara Multiethnic Society)

Pengarang

  • Jelani Harun School of Humanities, Universiti Sains Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.29(1)no3

Abstrak

Pada abad ke-15 yang lalu, Melaka muncul sebagai sebuah negara kota tumpuan kedatangan para pedagang dan penghijrah dari seluruh pelosok rantau alam Nusantara. Ketika itu, semua negeri yang berada di bawah naungan Melaka dan sesiapa sahaja yang datang ke Melaka akan tertakluk di bawah perintah undang-undang adat Kesultanan Melaka. Hal ini banyak disuratkan oleh pengarang Sulalatus Salatin melalui peristiwa perhubungan Melaka dengan kerajaan-kerajaan yang berada di alam Nusantara, di samping memusatkan perhatian kepada amalan undang-undang yang berlaku dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik yang tinggal di Melaka. Kekerasan menjadi satu ciri umum pelaksanaan undang-undang yang turut mendapat dukungan dalam karya-karya ketatanegaraan Melayu seperti Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin dan Thamarat al-Muhimmah. Walau bagaimanapun, kekerasan tanpa diikuti dengan keadilan dan kebijaksanaan akan menjurus kepada perbuatan kezaliman. Persoalan ini menjadi sebahagian daripada pusat pemikiran pengarang Sulalatus Salatin ketika memerikan beberapa mitos, konflik dan falsafah keadilan istana raja-raja Melayu di Singapura dan Melaka yang bertaut rapat dengan sikap, kepimpinan dan keilmuan raja-raja dan para pembesarnya. Makalah akan menilai semula persoalan ini dengan memusatkan perbincangan kepada karisma Tun Perak dalam amalan undang-undang kesultanan Melayu, sama ada terhadap masyarakat pelbagai etnik Nusantara ataupun dalam konteks masyarakat yang tinggal di Melaka, dan dalam isu-isu tentang kekerasan undang-undang yang bercampur-baur, bertimbang-tara dan berselirat dengan pelbagai peristiwa fitnah, hasutan dan rasuah yang boleh meruntuhkan sejarah peradaban Melayu.

Kata kunci: Tun Perak, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, falsafah, fitnah, rasuah

Biografi Pengarang

  • Jelani Harun, School of Humanities, Universiti Sains Malaysia.

    School of Humanities

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2016-06-01