Unsur Berahi dalam Pantun Kasih Sayang Melayu Brunei di Sabah

(The Elements of Lust and Affection in the Love Pantuns of Brunei Malays in Sabah)

Pengarang

  • Low Kok On Unit Penyelidikan Warisan Borneo, Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.29(1)no1

Abstrak

Suku kaum Melayu Brunei telah menetap di sepanjang persisiran pantai barat Sabah sejak dari zaman awal Kesultanan Melayu Brunei lagi. Seperti suku kaum Melayu lain di Nusantara, berpantun ialah sebahagian daripada budaya mereka yang istimewa sejak dari dahulu hinggalah sekarang. Dalam kerja lapangan yang telah dijalankan di beberapa buah kampung Melayu Brunei di sekitar pantai barat Sabah, sejumlah pantun yang bertemakan cinta dan kasih sayang telah dirakamkan, ditranskripsi dan didokumentasi. Pantun kasih sayang yang terkumpul ini, antaranya menonjolkan unsur-unsur rasa rindu, jatuh hati, naik berahi dan hajat di hati untuk merisik dan meminang. Selain mendokumentasi sejumlah pantun yang bertemakan cinta dan kasih sayang, tumpuan kupasan dalam makalah ini adalah terhadap unsur "berahi" yang terbayang dalam pantun kasih sayang orang Melayu Brunei. Selain itu, perbandingan terhadap pantun cinta Melayu Brunei di Sabah dengan pantun cinta Melayu dan Tionghoa Peranakan terpilih juga akan dilakukan. Menerusi kupasan sedemikian, keistimewaan perasaan cinta dan berahi dalam budaya suku kaum Melayu Brunei di Sabah akan tertonjol kepada pembaca.

Kata kunci: Melayu Brunei, pantun cinta, kasih sayang, unsur berahi.

Biografi Pengarang

  • Low Kok On, Unit Penyelidikan Warisan Borneo, Universiti Malaysia Sabah

    Unit Penyelidikan Warisan Borneo

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2016-06-01