Falsafah Konfusius dalam Novel Air Mata Ibu Karya Soo Cham

(Confucian Philosophy in Soo Cham's Air Mata Ibu)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/ml.32(1)no7

Abstrak

Makalah ini bertujuan untuk menganalisis falsafah konfusius yang terdapat dalam novel Air Mata Ibu karya Soo Cham. Kajian ini dijalankan dengan bertitik tolak daripada pemahaman bahawa sastera bukan sekadar bersifat indah tetapi sarat dengan falsafah yang ingin disampaikan kepada pembaca dan merangkumi semua aspek dalam kehidupan manusia. Oleh itu, kajian ini cuba meneroka falsafah Konfusius dalam novel karya penulis Cina, Soo Cam (2007). Hasil kajian menunjukkan konsep yang dibawa oleh Konfusius, iaitu ren, zhi, yi, li dan kepentingan pendidikan dapat diaplikasikan dalam kehidupan manusia dan terdapat dalam novel ini.

Kata kunci: Falsafah konfisius, ren, zhi, yi, li, pendidikan, novel, Cina

Biografi Pengarang

  • Rosnani Md Zain, Universiti Putra Malaysia
    Malay Studies Department, Faculty of Modern Languages and Communication,
  • Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Universiti Putra Malaysia

    Malay Studies Department,
    Faculty of Modern Languages and Communication,

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-06-03